Wednesday, July 25, 2012

Berbuka dengan Steamboat

Hari ni dah masuk 5 ramadan.  Alhamdulillah.. walaupun dah masuk kategori (Warga Mas) WM masih dapat menjalani ibadah puasa dengan baik.  Memang terasa akan nikmat dapat menjalani ibadah puasa pada usia begini, kerana ada orang lain yang sebaya atau lebih muda, tetapi tidak dapat berpuasa disebabkan pelbagai masalah atau halangan...   Mohon kepada Allah agar dapat meneruskan ibadah ini hingga akhir ramdan ini dan juga sampai ke Ramadan pada tahun-tahun akan datang. 

Macam biasa bagi mana-mana WM,  berbuka puasa bukan lagi menjadi fokus, kita buat ala kadar aje.. yang penting ialah pengisian ramdan itu sendiri, apa yang dibuat sepanjang ramdan … harap tahun ni lebih baik dari tahun-tahun yang lalu… terutama bertedarus, tarawih, bersedekah selain ibadah-ibadah yang wajib.

Dulu-dulu dalam bulan ramadan ni kami sekeluarga akan rancang berbuka kat luar, hanya satu kali untuk sepanjang ramdan ni… sekadar untuk menikmati suasana berbuka kat luar.  Selalunya kami akan ke Nelayan Titiwangs atau Kelana Seafood atau Tropicana Golf atau D Manggis.  Maklumlah semuanya anak menantu kaki Seafood Streamboatttt. Kalau dia orang ni dapat berbuka kat Sabah, macam kat Tawau, Sandakan atau Semporna tak taulah macam mana dia orang makan seafood tu... agaknya udang, ketam tu pun tak sanggup nak lihat.... ;-)       

kesian kat kangkong dan bendi ni.....
Ramadan kali ini memang tak de rancang nak berbuka kat luar.  Tapi keinginan menikmati steamboot tu tetap ada… kami pun dah tinggal berdua aje jadi apa lagi kami buat steamboat kat rumah je le… Alhamdulillah sekali cuba terus menjadiiii....  (memang saya ni pun kaki masak juga…:-) ,   Maka kamipun dapatlah menikmati steamboat WM untuk berbuka puasa kelmarin…Terima kasih kpd tuan punya resipi dan Pakcik google.... 

Sape-sape teringin makan steamboat saya rekomen resipi ini... tapi ubahsuai la ikut selera masing-masing....

Ikan Solmon + lada hitam




Monday, July 9, 2012

Dino ke Glasgow UK

Anak ku Dino bersama isterinya telah pergi ke UK(Glasgow, Scotland) pada 3 Julai 2012 lalu.  Dulu di pergi buat Master sorang sahaja di Southamton (katanya kat selatan London... aku pun tak pernah pegi...)   sbb  masa tu belum berumah tangga.  Tapi kali ini isterinya Farah turut menemaninya.   Sebagai ibu bapa, aku dan isteri mendoakan agar dia berjaya manamatkan pengajian PhD dan kembali berkhdimat unt agam, bangsa dan negara. 


Berama Ibu, isteri, anak dan menantu di KLIA
Ketika menghantar mereka di KLIA, semua anak dan cucu ku 7 orang turut ada bersama.  Dan seperti  biasa juga,  setiap berlaku peristiwa besar dlm keluarga,  Ibu ku (Wan) akan turut bersama... apa tidaknya,  24 tahun lalu ibu ku turut bersama ketika aku menerima ijazah di USM.. dia juga bersama kami di KLIA ketika menghantar Dino ke UK utk buat Master...
Turut bersama di KLIA hari tu sudah tentulah besan kami dan ahli keluarga Farah.. kami iringi pemergian mereka dg doa kpd Allah SWT.  Amin.



Wednesday, April 4, 2012

Percutian di Fraser Hill

Rasanya sudah begitu lama kami tidak bercuti bersama anak-anak , maka minggu lalu  (30 Mac – 1 April) kami berpeluang bercuti ke Fraser Hill bersama seluruh keluarga .   Kecuali Dos (Firdaus) yang  pernah berkursus di sana, lain belum pernah menjejak kaki di Fraser Hill.   Oleh itu bagi aku dan isteri serta anak-anak:    Fariz & Sri; Kak Ngah (Noot)  & Wandi;  Dino & Farah;  Dos & Fazura  serta  tujuh  cucu kami,  percutian ini memang  di tunggu-tunggu.

Dos  (staff  Pertonas)  membuat  booking dua apartment  milik Pertonas di The Silver Park Resort.   Aku dan isteri (orang dah pencen)  sampai paling  awal  (jam 6:00ptg hari Jumaat) di Fraser Hill.  Cuaca ketika itu sudah mulai sejuk.  Selesai menunai solat  Asar  kami mula bersiap  menunggu kedatangan  anak  dan cucu yang sudahpun  bertolak dari Purtajaya dan Puncak Alam.

Menurut  Fariz & kak Ngah  mereka bertolak dari  dari Kuala Lumpur  jam 6.00pm.  Oleh kerana jalan Kuala Kubu – Fraser Hill  sunyi ,  banyak selekoh tajam dan berbahaya maka memandu waktu malam membuat hati aku risau dan menasihati mereka supaya  lebih berhati-hati.   

Fariz  membuat  call sekali lagi memberitahu  mereka  mula  bergerak dari Kuala Kubu ke Fraser Hill pada jam 10:00mlm.  Hati semakin risau kerana  pada jam 11:00mlm mereka masih belum sampai.  Hubungan telefon juga terputus kerana  isyarat  telefon selular  tidak ada di sepanjang  perjalanan  di tengah rimba itu.  

Ahamdulillah… akhirnya  mereka  sampai  pada jam 12:15mlm  iaitu 1 jam leat dari biasa kerana lazimnya  perjalanan itu  hanya mengambil masa 1 jam sahaja.  Rupanya ada tanah runtuh dan pokok tumbang menghalang  perjalanan  mereka.   Mereka  sebenarnya  telah merancang  untuk berpatah balik ke Kuala Kubu namun bernasib  baik kerana  ada  pemandu kereta dari  arah   Raub ke Kuala Kubu yang membawa  parang  dan memotong  pokok tersebut.

Bagi dua lagi anak kami Dino dan Dos kami minta mereka tangguhkan  perjalanan datang  ke  keesokan  hari  kerana  memandu malam  hari ke Bukit Fraser  ternyata berbahaya terutama  kepada  pemandu yang  tidak biasa dengan keadaan jalan yang  terlalu  gelap dan banyak selekoh berbahaya.
Bercuti di Fraser Hill ini kami gunakan untuk  berehat  sambil melayani cucu yang  teruja diselimuti   cuaca  dingin dan keindahan Fraser Hill.  Semua 7 orang cucu kami; Fasyeen (8), Leiya (7),  Mimi (4), Emira (2), Lana (5),  Afif  (3)  dan Fahri  (1+)   begitu teruja dengan cuaca sejuk dan berkabus  itu.

Program percutian kali ini  agak berbeza dengan  percutian  masa lalu kerana di isi dengan aktiviti meningkatkan bacaan Al Quraan.   Kami adakan ulangkaji  pengajian  Tajwid dan pembacaan Al Quraan  kepada anak dan menantu kami.  Mengulangi  apa yang telah kami lakukan kepada  mereka  kira-kira  25 tahun lalu…. 

Alhamdulillah, sessi  pengajaran  Tajwid kepada  anak dan menantu  (Fariz & Sri; Kak ngah & Wandi serta cucu kami Fasyeen   )  dapat dilaksanakan  selepas  solat  subuh hari kedua.  Tetapi dua lagi anak dan menantu  kami terlepas sessi Tajwid ini kerana  mereka  terlewat  sampai.   Syukur kepada  Allah SWT , walaupun  sessi  ini singkat  tetapi  hati kami cukup puas  kerana dapat mengajar  dan membetulkan  bacaan  anak & menantu  dari mulut  aku - bapa mereka sendiri.  Alhamdulillah    bacaan mereka masih baik  cuma memerlukan  sedikit  pembetulan  dari segi  Makraj dan Tajwid. Ini barangkali disebabkan mereka  jarang  mengulangi  membacanya.  Hati aku berasa lapang  setelah  mendengar sendiri bacaan mereka dan berdoa agar mereka  akan meneruskannya apabila balik ke rumah masing-masing nanti…

Sessi tazkirah mengenai solat juga telah diadakan selepas  solat Maghrib.  Kitab rujukan ialah ‘Hidayatul Syibiyan’.   Beberapa perkara berkaitan solat telah dikupas  namun  dalam masa yang  terhad itu hanya dua tajuk kecil dalam bab solat  dalam ‘Hidayatul Syibian’ dapat di jelaskan.   Moga sessi ini akan menjadi wadah kepada anak & menantu kami  mencari dan mendalami ilmu dengan lain-lain guru pula.

Percutian ini juga memberi peluang  kami bermain golf bersama-sama.  Walaupun Fariz, Wandi dan Dino belum pernah memukul bola golf  apalagi  bermain di dalam padang golf  sebenar, namun  keberanian mereka mencuba menjadi rekod dan kenangan buat  diri masing-masing.   Bagi diriku hasrat  bermain golf bersama anak dan menantu yang  telah lama terpendam akhirnya tercapai di Fraser  Hill…  biarpun kami hanya bermain 3 lubang untuk masa  hampir 3 jam.… hahaha   (kami berhenti jam 1.30th sebaik azan zohor berkumandang dari  Masjid Fraser Hill… ) terima kasih kepada cucu ku, Fasyeen yang menjadi  caddy..
Kami juga menjalankan aktiviti tracking merentasi hutan dalam suasana redup  dan udara nyaman Fraser Hill.   Aktiviti ini  menjadi kenangan indah dan abadi  kepada cucu-cucu kami yang masih kecil.  Aku dapat menunjukkan kepada mereka beberapa jenis pokok herba seperti pokok Lemba, Kantan,  Ati-ati dan  ungas seperti semut dan burung.  Hutan yang sunyi itu menjadi riuh oleh kebecokan cucu kami bertanya pelbagai perkara….   wow… seronok sekali….

Pada hari ketiga kami balik ke Kuala Lumpur.  Kami  menuruni  jalan curam dan selekoh tajam Fraser Hill dengan membawa pulang bersama kenangan indah Fraser Hill bersama keluarga… Terima kasih  Fariz, Sri, Noot, Wandi, Dino, Farah, Dos dan Fazura  kerana terus melayani  dan menceriakan  Abah dan Emak dalam  mencari Jalan Pulang…

Saturday, March 24, 2012

Geran Tanah dan Tubuh Kita

Setelah menunggu lebih 16 tahun, akhirnya hasrat untuk memiliki tanah tapak rumah yang sah dimakbulkan oleh Allah SWT.  Mana tidak, sejak tanah ini dimiliki  melalui pembelian dari seorang kenalan pada 1996 dengan kebenaran  ‘Lesen Menduduki  Sementara (TOL)’ --  kini pada tahun 2012 telah menerima surat pengesahan ‘Geran Hak Milik Tanah’.  Sejak  1996 kami telah berusaha memohon,  kadangkala  merisaukan juga sama ada tanah ini akan menjadi milik kami. 

Geran Tanah yang ditunggu selama 16 tahun
diterima pada 10 Mac 2012
Walaupun janji demi janji diberikan bahawa  tanah  kawsan  kediaman kami tidak akan diambil oleh Kerajaan, tapi apalah ada pada janji, kerana manusia itu bersifat  baharu, boleh berubah-ubah.  Pagi cakap lain-petang ada keputusan lain pula.   Bulan ni kata tak ambil, tetiba bulan depan bagi  tau ada projek besar nak dilaksanakan.  Tentulah kami terpaksa berundur dari kediaman sekarang, mencari tapak kediaman baru…

Alhamdulillah.. kerana telah ditentukan oleh Allah SWT  tanah itu menjadi milik kami, maka tiada siapa dapat  menghalang.  Maka  pada 10 Mac 2012 lalu  dalam satu majlis perkampungan kami,  penyerahan  “Geran Hak Milik Tanah”  yang mengesahkan  pemilikan tanah kami telah diadakan .  

Memiliki  tanah, samaada untuk tapak rumah kediaman atau untuk lain-lain tujuan memang menjadi idaman setiap orang. Kerana ianya menjadi aset  yang  boleh diguna untuk membaiki kehidupan kita dan keluarga.

Ketika melihat geran yang diterima, hati terasa amat gembira.  Sebanyak kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana memberkati doa kami sekeluarga  sepanjang 16 tahun lalu.  Hakikatnya hanya Dia yang  berkuasa memberi.   Manusia hanyalah wadah.  Manusia hanya berusaha.  Manusia walau seberapa tinggi pangkat dan besar kuasanya tetap dibawah kuasa Allah.  Manusia  tidak mempunyai apa-apa kuasa.  Jangalah ada yang mendakwa bahawa dia yang berkuasa memberi  tanah ini kepada kami.

Plan Lot Kediaman yang diluluskan Mac 2012
Mata terus menatap sekeping kertas yang takrifkan sebagai ‘Geran Tanah’.  Rasa gembira dan syukur tetap berpanjangan.   Kerana hati berasa sangat tenang dan selamat berbanding  sebelum  menerima  Geran.  Aku sendiri tidak menduga akan  memiliki tanah dan rumah di perkampungan ini.   Kalau mengikut perancangan , setelah bersara  aku akan balik ke kampong  di Kg. Lasah, Sg. Siput (U) Perak.  Sebelum bersara  aku telah membeli  sebidang  tanah untuk membangunkan rumah. Tetapi kehendak Allah, akhirnya  aku menetap di Perkampungan Kg Melayu Sri Kundang, Sg. Buluh. Tanah di Kg Lasah kini ditanam dengan kelapa sawit.  Inssa Allah hasilnya boleh dituai tidak lama lagi.

Namun perasaan gembira memilik tanah ini tidak berterusan.   Hati mula  berdetik dengan pelbagai perasaan.  Kerana kini aku mula memikirkan  apakah tanah yang ku miliki ini boleh memberi  manfaat  kepada aku sekeluarga – semasa  hidup dan juga selepas  aku mati menemui Nya.

Jika diteliti hubungan  manusia  dengan tanah adalah terlalu rapat.  Manusia itu sendiri asalnya dari tanah.   Allah SWT menjadikan  Nabi Adam AS  dari tanah.   FirmanNya :  


"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk". (QS. Al Hijr (15) : 26)

Disamping itu Allah juga menjelaskan secara terperinci  tentang penciptaan manusia pertama itu dalah surat Al Hijr ayat 28 dan 29 .

Di dalam sebuah Hadits Rasulullah saw bersabda :

"Sesunguhnya manusia itu berasal dari Adam dan Adam itu (diciptakan) dari tanah". (HR. Bukhari)

Jadi kita telah memiliki tanah jauh lebil awal dari yang kita miliki hari ini.  Tanah yang kita miliki itu pemberian  Allah SWT secara percuma.  Tidak  ada ‘Geran’ dan tidak pula dikenakan  apa-apa bayaran.   Allah memberikanya secara percuma.  Malah fungsi tanah yang dianugerahkan oleh Allah itu jauh lebih besar manfaatnya berbanding  tanah  yang  kita  miliki’.   Bayangkan apa yang terjadi kepada tanah berhektar yang kita miliki, beli ataupun warisi  sekiranya  tanah  yang membaluti  tulang-belulang  kita ( tubuh kita)  dihentikan fungsinya  oleh Allah. Tangan  yang patah atau kudung; kaki yang lumpuh;  kulit yang berpenyakit  kronik dan pelbagai masalah  yang penyakit pada tubuh.   Bolehkah tanah yang berhektar itu menggantikan tubuh  yang  berasal dari  tanah pemberian Allah itu.  Subhanallah…

Ya Allah, berikanlah  hidayah mu supaya kami sekeluarga tidak  ujub diri dengan kejayaan memiliki  secebis dari tanah mu ini.  Amin.  

Thursday, March 22, 2012

Nikmat Disayangi Cucu

Betapa tersentuhnya hati seorang datuk apabila tiga orang cucunya berebut-berebut mahu tidur bersamanya. Itulah berlaku keatas diri aku semasa cuti persekolan minggu lalu.
Leiya 7yr
Tiga cucu aku, Fasyeen 8; Leiya 7 dan Lana 5 saling berebut mahu menemani aku tidur. Maklumlah hanya ketika cuti persekolahan sajalah mereka berpeluang bermanja dengan aku dan opah mereka. Hati aku begitu terharu kerana dapat merasai betapa mereka sudah bijak melahirkan rasa sayang dan rindu mereka kepada kami.

Inilah agaknya yang dikatakan ‘nikmat’ hidup yang dikurniakan olh Allah SWT kapada seorang datuk. Ketika usia semakin bergerak kepenghujung perjalanan, cucu dan anak-anak terus menyanginya. sesungguhnya nikmat Allah itu sungguh luas, tidak terhad dan tanpa batasan sama sekali. Nikmat Nya dalam pelbagai bentuk - harta dan wang ringgit, kesihatan, ketenangan dan kasih sayang. 

Tenyata Dia memberikan hidayah kepada cucu-cucu kami  yang masih kecil itu hingga timbul perasaan untuk menyayangi kami (datuk dan opahnya). Perasaan yang lahir itu tidak di paksa atau di ajar kepada mereka. Sebaliknya ia adalah hidayah dari Allah swt yang sentiasa bersifat ‘Rahman’ dan ‘Rahim’ kepada makhluknya.

Ketika aku hampir-hampir terlelap tiba-tiba, cucu ku yang paling hampir disisi kiri ku, Lana secara sepontan memeluk erat dan mencium pipi aku… Aku mendiamkan diri,  terharu kerana tidak menduga Lana yang baru 5tahun boleh melakukan sedemikian. Subhanallah... Maha besar Qudrat Mu telah menggerakkan hati sicomel itu mengucupi pipi ku dimalam yang hening itu.   Air mata menggenangi kelopak mata ku dalam kesamaran limpahan lampu dari ruang anjung rumah.

Ya Allah.. sesungguhnya Engkau Maha Besar, Maha Kaya dan Maha Mengasihi akan hamba mu ini. Permudahkanlah kehidupan semua cucu-cucu ku, pandukanlah mereka dalam mencari keredhoan Mu. Amin.

Tuesday, March 6, 2012

March 2012 Calendar. MOHD NOOR ISMAIL


~ March 2012 ~
April
Sun
Mon
Tue
Wed
Thu
Fri
Sat
1
2
3
4
Pemantapan Tajwid – Masjid NY (10.00pm) - Abuya
5
Kuliah Dhua : Tafsir - DM 9.00am – Ustz Alias
6
Kuliah Tajwid – DM (Maghrib)
2. Pemantapan Al Quraan – G1 (11.30am) – Ustz Yahya
7
Ulangkaji Al-Quraan – G1 : 11.30am (Abuya)
8
9
1. Kuliah FiqhSurau Blk E. MaghribUstz Ridzuan
2. Pemantapan Tajwid – Masjid NY (10.00pm) - Abuya
10
11
Pemantapan Tajwid – Masjid NY (10.00pm) - Abuya
12
Kuliah Dhua : Tafsir - DM 9.00am – Ustz Alias
13
Pemantapan Al QuraanSurau Blk E (Maghrib) – Ustz Yahya
14
15
16
Pemantapan Tajwid – Masjid NY (10.00pm) - Abuya
17
18
Pemantapan Tajwid – Masjid NY (10.00pm) - Abuya
19
Kuliah Dhua : Tafsir - DM 9.00am – Ustz Alias
20
Pemantapan Al QuraanSurau Blk E (Maghrib) – Ustz Yahya
21
22
23
1.Kuliah FiqhSurau Blk E. MaghribUstz Ridzuan
2. Pemantapan Tajwid – Masjid NY (10.00pm) - Abuya
24
25
Pemantapan Tajwid – Masjid NY (10.00pm) - Abuya
26
Kuliah Dhua : Tafsir - DM 9.00am – Ustz Alias
27
Pemantapan Al QuraanSurau Blk E (Maghrib) – Ustz Yahya
28
29
Fraser Hill
30
Pemantapan Tajwid – Masjid NY (10.00pm) – Abuya
Fraser Hill
31
Fraser Hill