Leiya 7yr |
Inilah agaknya yang dikatakan ‘nikmat’ hidup yang dikurniakan olh Allah SWT kapada seorang datuk. Ketika usia semakin bergerak kepenghujung perjalanan, cucu dan anak-anak terus menyanginya. sesungguhnya nikmat Allah itu sungguh luas, tidak terhad dan tanpa batasan sama sekali. Nikmat Nya dalam pelbagai bentuk - harta dan wang ringgit, kesihatan, ketenangan dan kasih sayang.
Tenyata Dia memberikan hidayah kepada cucu-cucu kami yang masih kecil itu hingga timbul perasaan untuk menyayangi kami (datuk dan opahnya). Perasaan yang lahir itu tidak di paksa atau di ajar kepada mereka. Sebaliknya ia adalah hidayah dari Allah swt yang sentiasa bersifat ‘Rahman’ dan ‘Rahim’ kepada makhluknya.
Ketika aku hampir-hampir terlelap tiba-tiba, cucu ku yang paling hampir disisi kiri ku, Lana secara sepontan memeluk erat dan mencium pipi aku… Aku mendiamkan diri, terharu kerana tidak menduga Lana yang baru 5tahun boleh melakukan sedemikian. Subhanallah... Maha besar Qudrat Mu telah menggerakkan hati sicomel itu mengucupi pipi ku dimalam yang hening itu. Air mata menggenangi kelopak mata ku dalam kesamaran limpahan lampu dari ruang anjung rumah.
Ya Allah.. sesungguhnya Engkau Maha Besar, Maha Kaya dan Maha Mengasihi akan hamba mu ini. Permudahkanlah kehidupan semua cucu-cucu ku, pandukanlah mereka dalam mencari keredhoan Mu. Amin.
No comments:
Post a Comment