Saturday, March 3, 2012

Nikmat 'ketenangan'

Setelah bersara dari perkhidmatan Kerajaan sejak 5 tahun 8 bulan lalu, banyak perubahan dalam kehidupan telah berlaku kepada diri saya.  Dari seorang yang sentiasa sibuk dengan tugas harian di pejabat, kehulu dan kehilir serata negeri dan daerah seluruh negara, melayani orang ramai dan teman, akhirnya saya bersara pada tahun 2006 dalam suasana tenang.  Syukur , Alhamdulillah.

Sepatutnya selepas bersara masa teluang tentulah banyak. Namun pada hakikatnya tidaklah begitu. Apabila banyak masa terluang, maka semakin banyak masa untuk kita berfikir.  Tentulah kita akan berfikir tentang diri sendiri, tentang apa yang telah kita lakukan pada masa lalu, sekarang dan akan datang.  Kerana semuanya itu akan menentukan sama ada kita akan dapat menikmati hidup dalam suasana  'tenang'.

Ketenang yang kita kehendaki adalah ketenangan yang hakiki.  Ketenangan jenis ini hanya akan diperolehi dengan kurniaan  Allah SWT.   Walaupun sukar untuk dicapai oleh hambaNya yang biasa - seperti saya - namun kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. 

No comments:

Post a Comment