Cucu ku Nur Lana Qahira 4th. menjamu selera di Restoran Ampera, Bandung. |
Setiap kali melancong ke Indonesia, khasnya ke Bandung kami
tidak akan melepaskan peluang untuk menjamu selera di beberapa restoran masakan
tempatan Indonesia. Entah kenapa masakan
yang sering dihidangkan di restoran-restoran tersebut sangat bersesuaian dengan
selera kami.
Selain masakan padang, satu lagi masakan yang kami sukai
adalah masakan Sunda. Masakan khusus
Sunda ini agak ringkas tetapi menyajikan banyak ulaman dan masakan bergoreng.
Lazimnya kalau ke Bandung atau Jakarta kami akan mencari restoran Sunda yang bernama
‘Ampera’ yang mempnyai banyak cawangan (francais) .
Walaupun telah di francais, sepatutnya restoran ini cukup
bersih dan kemas, namun ada juga ‘outlet’ nya yang kurang bersih. Kami perlu berhati-hati agar tidak terperangkap
dengan masalah keracunan makanan yang boleh menjejaskan keseronokkan ‘makan
angin’.
Di Bandung, ada banyak cawangan restoran Ampera. Selalunya kami akan ke Ampera di Jalan Ciampeles. Karana lokasinya di tengah kota Bandung, senang untuk pergi dan berhampiran pula dengan kawasan ‘shopping’ di Jalan Ciampeles.
Sebaik melangkah masuk ke restoran Ampera, mata akan
tertumpu kepada berpuluh deratan menu hidangan yang boleh kita pilih. Dari pelbagai jenis ayam goreng, ikan goreng,
jenis pais, daging, hati, paru dan perut goreng. Pelbagai jenis ulam dan sambalnya juga cukup
enak. Memang menyelerakan kami.
Namun walaupun banyak pilihan hidangan, tentunya kami akan
memilih masakan yang kami sukai saja.
Lazimnya ayam kampong goreng, pais ikan emas, gorang ikan garumi (ikan
kaloi), tempe dan tahu goreng, pais
tahu, pais telur, ulaman segar (lalap) dan 3
jenis sambal. Hidangan ini akan disertai
dengan nasi timbel yang beraroma kerana nasi itu dibungkus dalam daun pisang dan
di bakar.
Walaupun hidangan ini
tidak berkuah namun nasi ampera tetap enak. Anda boleh memesan sop buntut jika
inginkan kuah. Untuk minuman kami memesan jus sirsak (durian
belanda) – ohh memang sedap. Harganya
juga bepatutuan.
Jika anda ke Bandung atau Jakarta cubalah kelainan masakan Sunda di Ampera.
Jika anda ke Bandung atau Jakarta cubalah kelainan masakan Sunda di Ampera.
No comments:
Post a Comment