
Fariz membuat call sekali lagi memberitahu mereka mula bergerak
dari Kuala Kubu ke Fraser Hill pada jam 10:00mlm. Hati semakin risau kerana pada jam 11:00mlm mereka masih belum
sampai. Hubungan telefon juga terputus
kerana isyarat telefon selular tidak ada di sepanjang perjalanan di tengah rimba itu.
Ahamdulillah… akhirnya
mereka sampai pada jam 12:15mlm iaitu 1 jam leat dari biasa kerana lazimnya perjalanan itu
hanya mengambil masa 1 jam sahaja.
Rupanya ada tanah runtuh dan pokok tumbang menghalang perjalanan
mereka. Mereka sebenarnya
telah merancang untuk berpatah
balik ke Kuala Kubu namun bernasib baik
kerana ada pemandu kereta dari arah Raub
ke Kuala Kubu yang membawa parang dan memotong pokok tersebut.
Bagi dua lagi anak kami Dino dan Dos kami minta mereka
tangguhkan perjalanan datang ke keesokan
hari kerana memandu malam hari ke Bukit Fraser ternyata berbahaya terutama kepada pemandu yang tidak biasa dengan keadaan jalan yang terlalu gelap dan banyak selekoh berbahaya.
Bercuti di Fraser Hill ini kami gunakan untuk berehat
sambil melayani cucu yang teruja
diselimuti cuaca dingin dan keindahan Fraser Hill. Semua 7 orang cucu kami; Fasyeen (8), Leiya
(7), Mimi (4), Emira (2), Lana (5), Afif
(3) dan Fahri (1+) begitu teruja dengan cuaca sejuk dan berkabus itu.

Alhamdulillah, sessi
pengajaran Tajwid kepada anak dan menantu (Fariz & Sri; Kak ngah & Wandi serta
cucu kami Fasyeen ) dapat
dilaksanakan selepas solat
subuh hari kedua. Tetapi dua lagi
anak dan menantu kami terlepas sessi
Tajwid ini kerana mereka terlewat
sampai. Syukur kepada Allah SWT , walaupun sessi ini
singkat tetapi hati kami cukup puas kerana dapat mengajar dan membetulkan bacaan
anak & menantu dari
mulut aku - bapa mereka sendiri. Alhamdulillah …
bacaan mereka masih baik cuma
memerlukan sedikit pembetulan dari segi
Makraj dan Tajwid. Ini barangkali disebabkan mereka jarang mengulangi membacanya.
Hati aku berasa lapang
setelah mendengar sendiri bacaan
mereka dan berdoa agar mereka akan
meneruskannya apabila balik ke rumah masing-masing nanti…
Sessi tazkirah mengenai solat juga telah diadakan
selepas solat Maghrib. Kitab rujukan ialah ‘Hidayatul
Syibiyan’. Beberapa perkara berkaitan
solat telah dikupas namun dalam masa yang terhad itu hanya dua tajuk kecil dalam bab
solat dalam ‘Hidayatul Syibian’ dapat di
jelaskan. Moga sessi ini akan menjadi
wadah kepada anak & menantu kami mencari dan mendalami ilmu dengan lain-lain
guru pula.


Kami juga menjalankan aktiviti tracking merentasi hutan
dalam suasana redup dan udara nyaman
Fraser Hill. Aktiviti ini menjadi kenangan indah dan abadi kepada cucu-cucu kami yang masih kecil. Aku dapat menunjukkan kepada mereka beberapa
jenis pokok herba seperti pokok Lemba, Kantan,
Ati-ati dan ungas seperti semut
dan burung. Hutan yang sunyi itu menjadi
riuh oleh kebecokan cucu kami bertanya pelbagai perkara…. wow… seronok sekali….

Pada hari ketiga kami balik ke Kuala Lumpur. Kami menuruni
jalan curam dan selekoh tajam Fraser Hill dengan membawa pulang bersama kenangan indah
Fraser Hill bersama keluarga… Terima kasih Fariz,
Sri, Noot, Wandi, Dino, Farah, Dos dan Fazura kerana terus melayani dan menceriakan Abah dan Emak dalam mencari Jalan Pulang…
No comments:
Post a Comment