Anak ku Dino bersama isterinya telah pergi ke UK(Glasgow, Scotland) pada 3 Julai 2012 lalu. Dulu di pergi buat Master sorang sahaja di Southamton (katanya kat selatan London... aku pun tak pernah pegi...) sbb masa tu belum berumah tangga. Tapi kali ini isterinya Farah turut menemaninya. Sebagai ibu bapa, aku dan isteri mendoakan agar dia berjaya manamatkan pengajian PhD dan kembali berkhdimat unt agam, bangsa dan negara.
|
Berama Ibu, isteri, anak dan menantu di KLIA |
Ketika menghantar mereka di KLIA, semua anak dan cucu ku 7 orang turut ada bersama. Dan seperti biasa juga, setiap berlaku peristiwa besar dlm keluarga, Ibu ku (Wan) akan turut bersama... apa tidaknya, 24 tahun lalu ibu ku turut bersama ketika aku menerima ijazah di USM.. dia juga bersama kami di KLIA ketika menghantar Dino ke UK utk buat Master...
Turut bersama di KLIA hari tu sudah tentulah besan kami dan ahli keluarga Farah.. kami iringi pemergian mereka dg doa kpd Allah SWT. Amin.
No comments:
Post a Comment