Saturday, March 24, 2012

Geran Tanah dan Tubuh Kita

Setelah menunggu lebih 16 tahun, akhirnya hasrat untuk memiliki tanah tapak rumah yang sah dimakbulkan oleh Allah SWT.  Mana tidak, sejak tanah ini dimiliki  melalui pembelian dari seorang kenalan pada 1996 dengan kebenaran  ‘Lesen Menduduki  Sementara (TOL)’ --  kini pada tahun 2012 telah menerima surat pengesahan ‘Geran Hak Milik Tanah’.  Sejak  1996 kami telah berusaha memohon,  kadangkala  merisaukan juga sama ada tanah ini akan menjadi milik kami. 

Geran Tanah yang ditunggu selama 16 tahun
diterima pada 10 Mac 2012
Walaupun janji demi janji diberikan bahawa  tanah  kawsan  kediaman kami tidak akan diambil oleh Kerajaan, tapi apalah ada pada janji, kerana manusia itu bersifat  baharu, boleh berubah-ubah.  Pagi cakap lain-petang ada keputusan lain pula.   Bulan ni kata tak ambil, tetiba bulan depan bagi  tau ada projek besar nak dilaksanakan.  Tentulah kami terpaksa berundur dari kediaman sekarang, mencari tapak kediaman baru…

Alhamdulillah.. kerana telah ditentukan oleh Allah SWT  tanah itu menjadi milik kami, maka tiada siapa dapat  menghalang.  Maka  pada 10 Mac 2012 lalu  dalam satu majlis perkampungan kami,  penyerahan  “Geran Hak Milik Tanah”  yang mengesahkan  pemilikan tanah kami telah diadakan .  

Memiliki  tanah, samaada untuk tapak rumah kediaman atau untuk lain-lain tujuan memang menjadi idaman setiap orang. Kerana ianya menjadi aset  yang  boleh diguna untuk membaiki kehidupan kita dan keluarga.

Ketika melihat geran yang diterima, hati terasa amat gembira.  Sebanyak kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana memberkati doa kami sekeluarga  sepanjang 16 tahun lalu.  Hakikatnya hanya Dia yang  berkuasa memberi.   Manusia hanyalah wadah.  Manusia hanya berusaha.  Manusia walau seberapa tinggi pangkat dan besar kuasanya tetap dibawah kuasa Allah.  Manusia  tidak mempunyai apa-apa kuasa.  Jangalah ada yang mendakwa bahawa dia yang berkuasa memberi  tanah ini kepada kami.

Plan Lot Kediaman yang diluluskan Mac 2012
Mata terus menatap sekeping kertas yang takrifkan sebagai ‘Geran Tanah’.  Rasa gembira dan syukur tetap berpanjangan.   Kerana hati berasa sangat tenang dan selamat berbanding  sebelum  menerima  Geran.  Aku sendiri tidak menduga akan  memiliki tanah dan rumah di perkampungan ini.   Kalau mengikut perancangan , setelah bersara  aku akan balik ke kampong  di Kg. Lasah, Sg. Siput (U) Perak.  Sebelum bersara  aku telah membeli  sebidang  tanah untuk membangunkan rumah. Tetapi kehendak Allah, akhirnya  aku menetap di Perkampungan Kg Melayu Sri Kundang, Sg. Buluh. Tanah di Kg Lasah kini ditanam dengan kelapa sawit.  Inssa Allah hasilnya boleh dituai tidak lama lagi.

Namun perasaan gembira memilik tanah ini tidak berterusan.   Hati mula  berdetik dengan pelbagai perasaan.  Kerana kini aku mula memikirkan  apakah tanah yang ku miliki ini boleh memberi  manfaat  kepada aku sekeluarga – semasa  hidup dan juga selepas  aku mati menemui Nya.

Jika diteliti hubungan  manusia  dengan tanah adalah terlalu rapat.  Manusia itu sendiri asalnya dari tanah.   Allah SWT menjadikan  Nabi Adam AS  dari tanah.   FirmanNya :  


"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk". (QS. Al Hijr (15) : 26)

Disamping itu Allah juga menjelaskan secara terperinci  tentang penciptaan manusia pertama itu dalah surat Al Hijr ayat 28 dan 29 .

Di dalam sebuah Hadits Rasulullah saw bersabda :

"Sesunguhnya manusia itu berasal dari Adam dan Adam itu (diciptakan) dari tanah". (HR. Bukhari)

Jadi kita telah memiliki tanah jauh lebil awal dari yang kita miliki hari ini.  Tanah yang kita miliki itu pemberian  Allah SWT secara percuma.  Tidak  ada ‘Geran’ dan tidak pula dikenakan  apa-apa bayaran.   Allah memberikanya secara percuma.  Malah fungsi tanah yang dianugerahkan oleh Allah itu jauh lebih besar manfaatnya berbanding  tanah  yang  kita  miliki’.   Bayangkan apa yang terjadi kepada tanah berhektar yang kita miliki, beli ataupun warisi  sekiranya  tanah  yang membaluti  tulang-belulang  kita ( tubuh kita)  dihentikan fungsinya  oleh Allah. Tangan  yang patah atau kudung; kaki yang lumpuh;  kulit yang berpenyakit  kronik dan pelbagai masalah  yang penyakit pada tubuh.   Bolehkah tanah yang berhektar itu menggantikan tubuh  yang  berasal dari  tanah pemberian Allah itu.  Subhanallah…

Ya Allah, berikanlah  hidayah mu supaya kami sekeluarga tidak  ujub diri dengan kejayaan memiliki  secebis dari tanah mu ini.  Amin.  

Thursday, March 22, 2012

Nikmat Disayangi Cucu

Betapa tersentuhnya hati seorang datuk apabila tiga orang cucunya berebut-berebut mahu tidur bersamanya. Itulah berlaku keatas diri aku semasa cuti persekolan minggu lalu.
Leiya 7yr
Tiga cucu aku, Fasyeen 8; Leiya 7 dan Lana 5 saling berebut mahu menemani aku tidur. Maklumlah hanya ketika cuti persekolahan sajalah mereka berpeluang bermanja dengan aku dan opah mereka. Hati aku begitu terharu kerana dapat merasai betapa mereka sudah bijak melahirkan rasa sayang dan rindu mereka kepada kami.

Inilah agaknya yang dikatakan ‘nikmat’ hidup yang dikurniakan olh Allah SWT kapada seorang datuk. Ketika usia semakin bergerak kepenghujung perjalanan, cucu dan anak-anak terus menyanginya. sesungguhnya nikmat Allah itu sungguh luas, tidak terhad dan tanpa batasan sama sekali. Nikmat Nya dalam pelbagai bentuk - harta dan wang ringgit, kesihatan, ketenangan dan kasih sayang. 

Tenyata Dia memberikan hidayah kepada cucu-cucu kami  yang masih kecil itu hingga timbul perasaan untuk menyayangi kami (datuk dan opahnya). Perasaan yang lahir itu tidak di paksa atau di ajar kepada mereka. Sebaliknya ia adalah hidayah dari Allah swt yang sentiasa bersifat ‘Rahman’ dan ‘Rahim’ kepada makhluknya.

Ketika aku hampir-hampir terlelap tiba-tiba, cucu ku yang paling hampir disisi kiri ku, Lana secara sepontan memeluk erat dan mencium pipi aku… Aku mendiamkan diri,  terharu kerana tidak menduga Lana yang baru 5tahun boleh melakukan sedemikian. Subhanallah... Maha besar Qudrat Mu telah menggerakkan hati sicomel itu mengucupi pipi ku dimalam yang hening itu.   Air mata menggenangi kelopak mata ku dalam kesamaran limpahan lampu dari ruang anjung rumah.

Ya Allah.. sesungguhnya Engkau Maha Besar, Maha Kaya dan Maha Mengasihi akan hamba mu ini. Permudahkanlah kehidupan semua cucu-cucu ku, pandukanlah mereka dalam mencari keredhoan Mu. Amin.

Tuesday, March 6, 2012

March 2012 Calendar. MOHD NOOR ISMAIL


~ March 2012 ~
April
Sun
Mon
Tue
Wed
Thu
Fri
Sat
1
2
3
4
Pemantapan Tajwid – Masjid NY (10.00pm) - Abuya
5
Kuliah Dhua : Tafsir - DM 9.00am – Ustz Alias
6
Kuliah Tajwid – DM (Maghrib)
2. Pemantapan Al Quraan – G1 (11.30am) – Ustz Yahya
7
Ulangkaji Al-Quraan – G1 : 11.30am (Abuya)
8
9
1. Kuliah FiqhSurau Blk E. MaghribUstz Ridzuan
2. Pemantapan Tajwid – Masjid NY (10.00pm) - Abuya
10
11
Pemantapan Tajwid – Masjid NY (10.00pm) - Abuya
12
Kuliah Dhua : Tafsir - DM 9.00am – Ustz Alias
13
Pemantapan Al QuraanSurau Blk E (Maghrib) – Ustz Yahya
14
15
16
Pemantapan Tajwid – Masjid NY (10.00pm) - Abuya
17
18
Pemantapan Tajwid – Masjid NY (10.00pm) - Abuya
19
Kuliah Dhua : Tafsir - DM 9.00am – Ustz Alias
20
Pemantapan Al QuraanSurau Blk E (Maghrib) – Ustz Yahya
21
22
23
1.Kuliah FiqhSurau Blk E. MaghribUstz Ridzuan
2. Pemantapan Tajwid – Masjid NY (10.00pm) - Abuya
24
25
Pemantapan Tajwid – Masjid NY (10.00pm) - Abuya
26
Kuliah Dhua : Tafsir - DM 9.00am – Ustz Alias
27
Pemantapan Al QuraanSurau Blk E (Maghrib) – Ustz Yahya
28
29
Fraser Hill
30
Pemantapan Tajwid – Masjid NY (10.00pm) – Abuya
Fraser Hill
31
Fraser Hill

Monday, March 5, 2012

Menjamu Selera di Bandung


Cucu ku Nur Lana Qahira 4th. menjamu
selera di Restoran Ampera, Bandung. 
Setiap kali melancong ke Indonesia, khasnya ke Bandung kami tidak akan melepaskan peluang untuk menjamu selera di beberapa restoran masakan tempatan Indonesia.  Entah kenapa masakan yang sering dihidangkan di restoran-restoran tersebut sangat bersesuaian dengan selera kami.

Selain masakan padang, satu lagi masakan yang kami sukai adalah masakan Sunda.  Masakan khusus Sunda ini agak ringkas tetapi menyajikan banyak ulaman dan masakan bergoreng. Lazimnya kalau ke Bandung atau Jakarta kami akan mencari restoran Sunda yang bernama ‘Ampera’ yang mempnyai banyak cawangan (francais) .

Walaupun telah di francais, sepatutnya restoran ini cukup bersih dan kemas, namun ada juga ‘outlet’ nya yang kurang bersih.  Kami perlu berhati-hati agar tidak terperangkap dengan masalah keracunan makanan yang boleh menjejaskan keseronokkan ‘makan angin’.

Di Bandung, ada banyak cawangan restoran Ampera.  Selalunya kami akan ke Ampera di Jalan Ciampeles.  Karana  lokasinya di tengah kota Bandung, senang untuk pergi dan berhampiran pula dengan kawasan ‘shopping’ di Jalan Ciampeles. 
Sebaik melangkah masuk ke restoran Ampera, mata akan tertumpu kepada berpuluh deratan menu hidangan yang boleh kita pilih.  Dari pelbagai jenis ayam goreng, ikan goreng, jenis pais, daging, hati, paru dan perut goreng.  Pelbagai jenis ulam dan sambalnya juga cukup enak. Memang menyelerakan kami.
Namun walaupun banyak pilihan hidangan, tentunya kami akan memilih masakan yang kami sukai saja.  Lazimnya ayam kampong goreng, pais ikan emas, gorang ikan garumi (ikan kaloi),  tempe dan tahu goreng, pais tahu, pais telur,  ulaman segar (lalap)  dan 3 jenis sambal.  Hidangan ini akan disertai dengan nasi timbel yang beraroma kerana nasi itu dibungkus dalam daun pisang dan di bakar.

Walaupun  hidangan ini tidak berkuah namun nasi ampera tetap enak. Anda boleh memesan sop buntut jika inginkan kuah.   Untuk minuman kami memesan jus sirsak (durian belanda) – ohh memang sedap.  Harganya juga bepatutuan. 

Jika anda ke Bandung atau Jakarta cubalah kelainan masakan Sunda di Ampera.     

Saturday, March 3, 2012

Nikmat 'ketenangan'

Setelah bersara dari perkhidmatan Kerajaan sejak 5 tahun 8 bulan lalu, banyak perubahan dalam kehidupan telah berlaku kepada diri saya.  Dari seorang yang sentiasa sibuk dengan tugas harian di pejabat, kehulu dan kehilir serata negeri dan daerah seluruh negara, melayani orang ramai dan teman, akhirnya saya bersara pada tahun 2006 dalam suasana tenang.  Syukur , Alhamdulillah.

Sepatutnya selepas bersara masa teluang tentulah banyak. Namun pada hakikatnya tidaklah begitu. Apabila banyak masa terluang, maka semakin banyak masa untuk kita berfikir.  Tentulah kita akan berfikir tentang diri sendiri, tentang apa yang telah kita lakukan pada masa lalu, sekarang dan akan datang.  Kerana semuanya itu akan menentukan sama ada kita akan dapat menikmati hidup dalam suasana  'tenang'.

Ketenang yang kita kehendaki adalah ketenangan yang hakiki.  Ketenangan jenis ini hanya akan diperolehi dengan kurniaan  Allah SWT.   Walaupun sukar untuk dicapai oleh hambaNya yang biasa - seperti saya - namun kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. 

Thursday, March 1, 2012

Jalan Pulang


Ketika di air saya menyusuri arus, ada kalanya terlalu deras dan sering juga ianya  perlahan. Ketika arus deras saya perlu berhati-hati mengawal langkah agar tidak tergelincir.  Kerana dengan kesilapan kecil saja, kemungkinan saya terjatuh lalu dibawa arus dan mati kelemasan.

Ketika di darat saya menyusuri denai. Adakalanya denai itu cantik dan bersih - sangat mudah dilalui.  Namun ada waktunya juga denai itu terbiar.  Lalu ianya dipenuhi duri dan onak. Malah jika terlalu lama terbiar, denai akan hilang ditelan semak dan belukar - atau lebih dahsyat bertukar menjadi hutan belantara...

Ketika itu perjalanan menjadi sangat sukar.  Jika diteruskan, kemungkinan saya akan sesat dan tidak akan  menjumpai jalan pulang.  Dalam kepenatan, lapar dan dahaga langkah akan semakin lemah. Takut dan keliru hanya menambah kesesatan - denai dicari terus hilang.  Akhirnya arus langkah akan terhenti - apakah jalan pulang akan ditemui?

Subhanallah... ampunilah dosa dosa ku...pandulah aku mencari jalan pulang.